Monday, February 27, 2012

Melayu oh Melayu...

Harini saya nak taip dalam Bahasa Melayu sebab saya memang org Melayu.

Nak bagi definasi org Melayu ikut diri sendiri saya tak berani sebab isu siapa sebenar-benarnya org Melayu ni sensitip. Alamat masuk ISA pulak saya kalau terbagi definasi salah.

Saya sebenarnya gembira sebab selama ni tak bekerja gomen, kerja private. Sbb apa? sebab org Melayu ni banyak sgt politik saya kata. Kengkawan yang keje gomen jgn marah, ini pendapat saya sahaja, dan rujukan kepada pejabat gomen tu sebab mmg ramai org Melayu keje gomen, tapi sebenarnya keje mana-mana tempat yang ramai Melayu pun mmg akan ada isu sebegini. Bukan semua orang Melayu bermasalah, dan ramai sahaja kawan Melayu saya yang rajin tapi majoriti memang masih sebegini.

Saya dah nampak byk dah isu-isu politik yang tak perlu ni. Keje-keje mengipas bontot dan menghidu kentut ni saya tak suka. Saya suka buat keje diam-diam. Saya suka berdiskusi dan terkadang tidak bersetuju dengan pendapat bos saya, dan proses intelektual ini mengembangkan otak saya. Saya rasa terkesima bila ada rakan yang keje gomen mengadu yang setelah dia membangkang bosnya atas suatu isu, dia dapat markah SKT yang amat kasihan dan telah dimasukkan ke dalam senarai 'sejuk beku' pula. Alahai kasihannya rakan saya itu. Dan ini mungkin orang ketiga atau keempat yang menyatakan politik birokrasi di gomen ini memualkan sehingga tiada hak untuk bersuara langsung. Ramai juga telah berhenti kerana tidak sanggup menelan muntah politik setiap hari.

Kat pejabat saya ini pun ramai staf yang Melayu, dan sejak dua menjak ni, drama politikus Melayu mula menunjukkan tanda-tanda yang memualkan. Ini melibatkan pergaduhan antara staf. Saya tidak masuk campur dan hanya melihat sahaja, tapi alahai malu terkadang melihat bangsa sendiri.

Sudahlah kerja tidak bersungguh-sungguh, culas bila diminta melakukan sesuatu, selalu hilang tanpa dapat dikesan tanpa sebab. Sementelah ditegur, marah dan menumbuk dinding pula? Takkan tidak boleh langsung menerima teguran membina?

Org yang menegur pula telah menjadi subjek kebencian bukan sahaja orang yang ditegur, tetapi orang-orang lain yang mendengar cerita dari sebelah pihak sahaja. Hah, jadi sekarang ini menjadi perbualan hangat pula di halaman muka buku tentang orang yang menegur ini, yang antara lainnya termasuk:-

1. "Hah, org itu hanya tahu sembahyang tunggang-tonggek,tapi hati busuk"; dan

2. "Santau sahaja dia"

Sudahlah satu kumpulan yang terdiri dari orang yang tak tahu cerita kini menyokong satu pihak dan menyebarkan cerita yang tidak tentu kesahihannya, disyorkan pula aktiviti santau-menyantau antara sesama hamba Allah swt, maklumlah semuanya menganuti agama yang sama.

Alahai, kenapa mereka ini suka membuang masa dan menyakiti insan lain? Kenapa tidak mampu menerima teguran membina untuk menjadi insan yang lebih baik? Kenapa suka mengumpat pula? Dan sampai satu tahap rasanya seperti dah menjadi fitnah pula. Saya sekadar mampu geleng kepala sahaja.

Semasa hujung minggu jumpa kawan keluarga yang tengah bekerja di restoran di Puchong bercerita tentang kedai majikannya dibuat khianat oleh pengusaha restoran lain sebangsa juga, sampai orang yang lalu melihat seperti restorannya tutup, walhal kedai terbuka luas. Apa lagi kalau bukan hasad dengki menguasai diri? Ini juga kes pergi bomoh. Gelang kepala lagi.

Mahu tidak mahu, inilah dia stereotaip dan dilema orang Melayu bukan? Inilah sifat bangsa kita. Kita marah bila orang cakap kita berperangai sebegini, tetapi inilah kebenarannya dan realiti. Kita memang tak suka bila ditegur, maklumlah kita bangsa istimewa. Kita orang Melayu.

Bila kita cemburu dengan kejayaan orang sebangsa kita, kita pergi jumpa bomoh untuk hancurkan mereka. Kerana kita ingin apa yang miliknya menjadi milik kita.

Dan saya boleh gerenti nukilan saya ini akan membuat orang Melayu lain sensitif marah pula, sebab nanti saya dituduh membuka pekung di dada. Dan sebagai jawapan kepada itu, saya hanya mampu geleng kepala. Biarlah mereka dengan sensitiviti tak bertempat itu.

Bila agaknya minda kita akan berubah dan anjakan paradigma berlaku pada bangsa kita? Saya sendiri tidak pasti. Sudah beratus tahun kita bersifat begini, mampukah kita berfikir dengan cara yang berbeza?
Saya juga tidak pasti.

Saya sudah puas menaip dan menggeleng kepala hari ini. Masa untuk pulang.

Enhanced by Zemanta

No comments:

Post a Comment