My dearest readers,
It is going to be a year since Akif has left me soon, on 02.02.2014. I don't think I will be able to post anything about him on the day itself, it will be too difficult. The pain is too raw, the memories too fresh. So I will post this now, while I still have the strength.
What I'm about to disclose below is something I wrote after I had a dream where I met my grandfather. That post is here. This was written on 26th January 2013:-
"Akif,
Mama mimpi semalam. Mimpi mama bagi mama tanda yang Akif akan tinggalkan Mama tak lama lagi. Yang Akif tidak lama lagi di dunia ini.
Hancurnya hati Mama tak dapat Mama gambarkan. Tapi sayang Mama pada Akif, cinta Mama pada Akif tidak sehebat cinta Yang Maha Esa terhadap Akif. Mungkin ada hikmahnya di sebalik tempoh Akif berada di sini yang Mama sudah pasti tidak lama. Mama harus terima, Mama harus redha.
Akif bukan untuk Mama. Akif hanya pinjaman sementara.
Tapi Akif, walaupun cinta Mama, Mama tahu tiada tandingan dengan cinta Yang Maha Esa terhadap Akif, izinkan Mama titipkan juga rasa cinta Mama terhadap Akif yang tidak seberapa. Ini kenangan kita, rahsia kita. Akif hidup di dalam Mama, sakitnya Akif menyeksa jiwa Mama. Hidup Akif melalui Mama. Perginya Akif dari hidup Mama, Akif harus tahu Akif membawa pergi bersama Akif sebahagian dari jiwa Mama.
Ingat cinta Mama Akif. Ingat. Walaupun nanti Mama tidak dapat melihat Akif sehingga Mama dimamah dan ditelan usia, sehingga nafas terakhir Mama, sehingga berakhirnya tempoh usia dunia. Mungkin sekadar diizinkan berjumpa di akhirat sana sekiranya cukup amalan Mama, cinta Mama terhadap Akif tetap kekal dan utuh selamanya.
Walaupun Mama tidak dapat mendengar Akif menangis, melihat senyuman pertama Akif, menyambut Akif ketika Akif jatuh, menyapu airmata Akif ketika Akif bersedih, walaupun Mama tidak dapat melihat Akif membesar di depan mata Mama, Akif tetap hidup di dalam jiwa Mama, Akif sentiasa berada di dalam hati dan memori Mama.
Ingat cinta Mama Akif, kerana cinta Mama bukan hadir sekadar di mata, bisa luput dan berubah seandainya berjauhan, cinta Mama hadir di dalam jiwa.
Pergilah Akif sayang bila tiba masanya, Mama redha. Bergembiralah di alam yang kekal di sana. Tapi Akif, ingatlah cinta Mama. Ingat cinta Mama.
Peace and love to everyone.
Idza

26th Janury 2013
3.48 am"
Peace and love to everyone.
Idza
Salam ukhwah....please forgive me ...my name is nazmi and was just googling around to find the meaning of "hannah selwah" (someone commented on my facebook) when i found this link in google.... subhanallah... i'm so so touched by your story ...and kebetulan pulak its my son's birthday today on the islamic calendar ...and...i'm also working in a law firm in Singapore! what great conincidence! i'm so sorry for your loss...my condolences and salam takziah....
ReplyDeleteHi nazmi. actually sannah helwah or the other way round means 'happy birthday' or 'all the best to you' in arabic. Thanks for the condolences and wishes. :)
ReplyDelete