Friday, February 12, 2010

Mama minta maaf

Sayangku Airiel,

Mama dah beberapa hari tido 2 jam sahaja. Airiel kan dah tiba-tiba develop sindrom tak nak tido malam.

Mama tak kisah tak tidur sekalipun..saat mama bersama Airiel sungguh bahagia buat Mama.

Tapi akibat seminggu tak cukup tidur, Mama jatuh sakit.

Kepala mama berat, mata Mama berpinar..badan panas, selsema, sakit tekak semuanya ada sayang.

Itupun Mama masih mampu tersenyum melihat buah hati Mama. Masih larat menyuap Airiel makan, masih larat menukar lampin Airiel..masih larat mengejar Airiel ke sana ke mari.

Tapi Mama dilarang tidur bersama Airiel. Mama tak pernah tidur berjauhan dengan Airiel sejak Airiel lahir lagi.

Ini sungguh berat buat Mama. Mama degil nak Airiel tidur bersama tapi tadi Nenda buat keputusan kuasa veto. Takut cucu kesayangannya berjangkit dengan Mama. Jadi dia bawa Airiel pergi. Sedih Mama tidak terkira.

Namun Mama tak kesal jatuh sakit, mungkin doa Mama pada Tuhan agar apa jua kesakitan yang Airiel alami baru-baru ini, pindah sahaja kepada Mama dimakbulkan. Airiel dah sihat. Tinggal selsema sikit saja.

Jadi Mama bersyukur atas sakit Mama ni, asalkan Airiel sihat.

Mama mintak maaf tak dapat tidur sambil peluk Airiel seperti apa yg kita lakukan 11 bulan ni.

Mama pun sudahnya tidak dapat tidur. Tak biasa, rasa tak lengkap

Mama minta maaf sayang.

Luv,
Mama


No comments:

Post a Comment